Make your own free website on Tripod.com
FREE SPEECH | talkingcock | whatreallyhappened | re-open 911 | jeffooi
   Home
Berita Harian
Utusan Malaysia
Bernama
Harian Metro
The Star
New Straits Times
   Arkib
   Siapa Kami
 

  Berita Semasa (This site is best view with I.E. 5.0/above)

Nazri istihar perang terhadap Tun Dr. mahathir?

Datuk Nazri cadangkan istihar perang terhadap bekas PM Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin ada betulnya. Ini kerana Tun Dr Mahathit telah secara 'sengaja' merendahkan kedudukannya sebagai bekas PM dan juga bekas Presiden UMNO dengan bersekongkol dengan pembangkang.

Forum pembangkang yang menjadi platform Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu-satunya platform beliau untuk mengkritik Kerajaan dengan merendah-rendahkan kedudukan PM Datuk Abdullah Badawi. Apakah benar Tun Dr Mahathir sudah 'nyanyu' atau 'balasan tuhan"?

Forum tersebut dianjurkan oleh sebuah badan Ngo's dan Media Alternatif di Kelab Century Paradise, Taman Melawati Sabtu lalu yang di hadiri oleh 'selebriti-selebriti pembangkang' seperti Nasharudin Mat isa - T/Presiden PAS, Datuk Husam Musa - Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub - Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar - AJK Pusat PAS serta pegawai-pegawai dari DAP & Keadilan termasuk Datuk mahalel Ariff - Bekas Eksekutif Proton dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Sudah ludah jilat balik. Inilah hakikatnya manusia yang dikatakan terlalu bijak seketika dulu tetapi pendek akal. Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad kerana seketika dulu beliau adalah satu-satunya pemimpin UMNO ketika itu yang lantang bersuara menyerang parti-parti ini. Apakah luka lama berdarah kembali.

Apa yang Tun Dr Mahathir tak tahu ialah seringkali pelanduk akan melupakan jerat, tetapi jerat tetap tidak akan melupakan pelanduk. Mahathir (beliau tidak layak digelar Tun - maaf) sepatutnya faham akan kedudukan beliau kini. Apabila telah bersara dari Kerajaan, beliau sepatutnya duduk diam-diam sepertimana bekas-bekas PM yang lepas dan menikmati sisa-sisa pencen yang diterimanya. Itu sudah cukup.

Dengan membangkitkan beliau 'kecewa' melantik Datuk Abdullah Badawi secara terbukan dan mengkritik kepimpinan beliau, Mahanthir membuat satu kesilapan besar bukan sahaja kepada Kerajaan tetapi kepada rakyat Malaysia.

Kalau satu ketika dahulu suarajohor.com merupakan satu-satu suara alternatif yang menyokong Kerajaan dan melindungi beliau dari semua tohmahan yang dilemparkan oleh 'kroni-kroni' Mantan DSAI ketika itu , kini sekali lagi susrajohor.com terpanggil dengan perjuangan yang masih belum selesai.

Dengan mengkritik Datuk Abdullah Badawi PM Malaysia secara tebruka beliau telah mencetuskan perang dari seluruh rakyat Malaysia yang menyokong kepimpinan beliau. Suarajohor.com tidak terikat dengan mana-mana parti politik tetapi sekadar ingin menyedarkan mereka yang terlupa harga diri mereka seperti Mahathir - Firaun the come back.

PAS ketika itu menggelar Mahathir 'The Firaun' tetapi kini mahathir kembali ludahnya dengan menyertai pembikininan filem Firaun. Mahathir lupa orang yang dikritik adalah Presiden UMNO Pemimpin Tertinggi Orang Melayu maka sekaligus beliau mengkritik orang Melayu. Tak tahulah kalau Mahathir bukan orang Melayu atau beliau itu 'Mamak' yang tak tahu harga diri.

Seba itu beliau tidak segan-segan mengkritik proses kemunculan Islam Hadhari kerana Mahathir sendiri Mamak yang bukan Melayu dan Islam tetapi keturunan Firaun. Inilah gelaran yang sepatutnya diterima an layak oleh beliau.

Kalau nak dikaitkan dengan datuk Mahalel Ariff dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, tidak menghairankan kerana pecacai-pecacai ini akan mengikut membabi-buta 'bossnya' tanpa berfikir panjang. Jangan menebuk dada kerana apabila perang di istiharkan maka yang pasti segala pekong dan nanas yang tersimpan yang dilakukan oleh Mahathir akan terbongkar. Inilah hakikatnya bencana orang yang telah memfitnah orang Melayu lainnya.
 

Copyright © 2006 suarajohor.tripod.com. All rights reserved. Last updated 29/06/2006