Make your own free website on Tripod.com
FREE SPEECH | talkingcock | whatreallyhappened | re-open 911 | jeffooi
   Home
Berita Harian
Utusan Malaysia
Bernama
Harian Metro
The Star
New Straits Times
   Arkib
   Siapa Kami
 

  Berita Semasa (This site is best view with I.E. 5.0/above)

Mahathir jangan memperbodohkan rakyat Malaysia


'Saya menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk sesiapa saja yang ingin membacanya.

Fakta-fakta yang terkandung dalam surat ini perlu saya hebahkan dengan cara ini kerana pada akhir-akhir ini tidak banyak lagi kenyataan saya yang disiarkan, sama ada oleh media massa elektronik atau cetak, walaupun mereka menghantar wakil untuk menghadiri sidang akhbar saya'

Mahathir jangan hipokrit. Kalau benarlah apa yang diperkatakan Mahathir - The Firaun dalamsurat terbuka ini maka pembatalan Jambatan Bengkon oleh Kerajaan baru-baru ini memang tepat. Buat apa nak pening-pening kepala memikirkan dan bertarikh-tali dengan Singapura.

Tetapi apa yang orang Johor nak tahu - kenapa apabila Kerajaan mengambil tindakan membatalkan projek jambatan bengkok dan mengembalikan kedaulatan negara sejajar dengan permintaan beliau itu , beliau melompat dan melenting dan mengatakan beliau telahpun membuat keputusan ketika itu untuk meneruskan projek ini? Apa yang tak kena dengan Mahathir? Apakah Mahathir sendiri ada kepentingan peribadi didalam perlaksanan projek jambatan bengkok?

Sejajar dengan itu Mukriz Mahathir pun melompat dan membantah pembatalan itu dengan menyokong bantahan bapa beliau dengan mengaitkan ia adalah keputusan Pemuda UMNO. Sebenarnya Mukhriz Mahathir mewakili siapa? Pemuda UMNO atau periuk nasi keluarga Mahathir sendiri. Setahu penulis, orang JOhor sendiri langsung tidak berkenan dengan keluarga Mahathir di Johor dan tak perlu bertapak kerana luka lama akan kembali. Apa dah jadi dengan Syarikat Penswastaan Kebersihan yang dijalankan oleh Mokhzani Mahathir dan keluarganya seperti Tongkah Medivest dan selepas itu Pantai medivest dan seterusnya terjual dengan syarikat Parkmay? Apakah beliau sendiri tak nampak penjualan ini melibatkan kepentingan orang Melayu sendiri? Oh maaf beliau bukan orang Melayu .......

Kalau Dato' Ghani Othman selaku MBJ ketika ini menyokong tindakan Mahathir sepertimana ada didalam beberapa laman bincang siber, beliau juga akan terjerat dengan karenah sikap biadap Mahathir ini. Dato' Ghani Othman tidak perlu mengulangi luka-luka lama yang terdahulu atau menjilat ludah sendiri dengan bersekongkong dengan Firaun. Orang Johor tidak lupa dengan 'Deklarasi Pulau Sibu' dahulu semasa pemecatan DSAI yang di fitnah oleh 'mamak' ini.

Tindakan Kerajaan membatalkan projek mega ini adalah ketepatan dengan masa kini kerana ia bukan sahaja relevan tetapi amat disokong kerana ianya adalah keputusan Kabinet dan Jemaah Menteri. Tidak seperti dahulunya pada zaman 'Firaun' yang hanya dibuat oleh orang-orang tertentu. Tidak hairanlah apabila Mahathir mengkritik Kerajaan ianya juga telah mengkritik rakyat Malaysia.

Siapa kata rakyat Johor menyokong pembinaan jambatan bengkok tersebut sepertimana dikatakan oleh Mahathir dengan menggadaikan kedaulatan negara? Dari mana Mahathir mendapat maklumat tersebut? Maklumat yang diperolehi hanya untuk kepentingan periuk nasi masing-masing.

 

Copyright © 2006 suarajohor.tripod.com. All rights reserved. Last updated 29/06/2006